Saturday, November 17, 2012

Permulaan Yang Baru


ada yang bertanya lewat malam semalam
apa azamku?
tergagap-gagap untuk menguntai kata menjawab persoalan yang dilontarkan
masih adakah azam untuk maal hijrah atau lewat hari ku sudah hampir lupa soal azam baru ini..

terfikir di benak
kenapa perlu adanya azam
kenapa perlu adanya "goals" untuk dikejar
walhal diri sendiri pun tahu azam itu tidak akan dicapai dan tercapai sekiranya tiada usaha seiring
hanya dilontarkan lewat perkataan
hanya dipandang sepi bila mula kesibukan


seolah-olah menjadi trend ikutan bila masuknya tahun baru persoalan mengenai azam akan digarapkan
soalan dan jawapan saling berbalas
ada yang kata begitu ada yang kata begini
masing-masing punya cara, gaya, pembawakan dan penerimaan

ku gembira dengan kepelbagaian begini
sungguh hati rasa gembira dan tenang dikelilingi mereka-mereka yang punya perbezaan yang ku pandang unik sekali
bak tagline UMK "relevan, unik dan berbeza"

hari ini jadi terfikir sendiri lagi
azam tahun ini bagaimana?
ada atau tidak ada?
kosong atau berisi?
muharam ke zulhijjah
biasenye berlalu sepi

allahu allah
mencari-cari kekuatan lagi untuk tahun ini
permulaan yang seindah hari ini
doaku moga sepanjang hidup ini disinari redha illahi
bak kata orang jepun "gambate"
orang cina pun kata "chaiyok chaiyok"
korean wave pulak terkenal dengan "aja aja fighting"

walau apa sekalipun kata-kata semangat yang disemat
yakin, pasti dan percaya
segalanya bakal tercapai dengan
Usaha, Ikhtiar dan Tawakal

abid marhaen


Monday, November 5, 2012

Jari-jemari mula menari-nari mencoret
tapi..
dipadam berkali-kali
sudah lama tidak menjenguk kanvas maya ini..
rindu menjengah
cukup lama menanti...
masa untuk kembali menguntai kata..


saat hilang semua kesibukan..
saat hati meruntun sayu..
di sini medannya..
pena tanpa mata...

Allahu allah
ujian tarbiyah diri sendri..
sabar, ikhlas dan redha..
yakin ganjaran yang Esa
jangan pernah mengeluh, merungut
tetap tersenyum walaupun pahit
tetap terus kuat...
adanya kamu, awak dan dia..
dan juga DIA...

tetap terus bertahan abid mewarnai dan menata kehidupan dunia ^_^ 


Friday, June 1, 2012

Opick - Rapuh



Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu


Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta



Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Thursday, May 31, 2012

Sekali Lagi

bismillahirrohmanirrohim

sekali lagi iman ini teruji...

Allahu Allah
sungguh tiada daya 
pahit menelan kekusutan
hampir luruh menitik butiran jernih
namun pantas diseka
khuatir dilihat sahabat 




apa pula kali ini
benar-benar mentarbiyah diri
mungkin ku lalai
mungkin ku leka 
mungkin juga ku alpa
Allahu Allah
biarkan masa berlalu pantas
semoga cepat ku pulang
semoga cepat ku cari penyelesaian 
semangat mulai meluntur
risau mula menurun mendekati sifar

kuatkanlah...

moga tidak tersungkur..
kesudahan yang pasti menyakitkan
lebih baik daripada tidak diketahui pengakhiran 
minda jadi buntu
masih dalam tanda tanya
membuatkan minda sedar menerawang entah kemana 
entah terjun ke laut entah menerobos ke langit entah di puncak
gunung
semoga kekal kuat
menggapai mardhotillah

ABID MARHAEN







Tuesday, May 22, 2012

Hati Ini

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

hati ini perlu dicuci
perlu juga disirami
sudah terpalit dengan noda dan dosa
sudah hitam pekat
sudah tiada tompok putih jernih 
yang kelihatan hanya calitan kotor

patutlah
memang patut
sentiasa bersangka-sangka...
sentiasa berduka
sentiasa rasa sudah hilang tenang dan tenteram
sentiasa leka dan alpa
sentiasa bermuram durja


hurm
hati ini perlu dicuci lagi
perlu dibasuh lagi
perlu dijaga rapi lagi
barangkali harus ada peluntur hebat berupa 'vanish' dan 'clorox' 
kalaulah semudah ABC
sepertimana mendobi 'laundry'
setiap hari hati akan di cuci

supaya hidup sentiasa ceria, tenang dan harmoni
supaya masih berpegang pada tali yang sbetulnya 
supaya tidak tergelincir keluar dari track ciptaan Yang Esa
supaya bisa mengatur langkah sebaiknya
memaknai dunia sementara selaras syariat Pencipta

Cukuplah Allah Bagiku...
La Tahzan..Innallaha ma'ana