Saturday, November 26, 2011

salam alaik....

tersangat lame tidak mengepost apa2 entri d ruangan ini
sepertinya dah lupa
laman sesawang yng memang dh bersawang pun sebenarnye

Salam Maal Hijrah 1433


p/s : moga terus thabat dalam perjuangan islam

Monday, April 11, 2011

salam IMTIHAN....

buat semua sahabat-sahabat
ikhwah dan akhwat
selamat menempuhi peperiksaan
semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat
seribu kemaafan juga andai diri ini ada tersilap tinta dan kata
moga dihalalkan segalanya
ukhuwah fillah abadan abada...
bittaufiq wannajah fil imtihan...
insya'allah...ameen...

moga beroleh kejayaan

Wednesday, April 6, 2011

satu kemaafan

Memaafkan kesalahan org lain adalah satu kemestian..
Meneruskan silaturrahim dlm sgala keadaan adalah satu kewajipan.. 
Berhati-hati agar tidak berulang kesalahan yg sama adalah satu keperluan.. 
Seseorg hanya mengasihi Saudaranya kerana keimanan..

Tidak memutuskan tali persaudaraan kerana keimanan..
Tidak mengulang kesalahan juga kerana keimanan.. 
Semua ini perlu menjadi pegangan bg mereka yg benar-benar beriman..



Sabda Nabi SAW...


Tidak beriman seseorg kamu slagi mana dia menyukai sesuatu (kebaikan) utk sahabatnya sbgaimana dia suka kebaikan itu berlaku kpdnya juga..

Jadi, kalau kita suka dimaafkan org, apa kata kita mulakan dgn memaafkan org.. Insya Allah...ada kebaikannya..

What u give u get back for sure..



Allah berfirman dlm Surah Ali Imran, ayat 133-134:

" Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik " 



Dalam ayat ini, Allah amat mengalakkan kita memaafkan org lain, walaupun seteruk mana sekalipun mereka..

Namun, terkdg sifat fitrah manusia, memaafkan boleh, cuma kdg2 masih ada saki baki..
itu biasa, tp cuba amalkan stiap kali sblum tidur, maafkan semua org..


Berhati-hati dgn sesuatu adalah sifat mukmin, di mana

Nabi SAW pernah bersabda:
 
" Org mukmin tidak akan dipatuk oleh ular, dari lubang yg sama sbyk dua kali "
 

Maksudnya sikap org mukmin sbnr adalah berhati2 dlm mengulangi sesuatu kesalahan yg sama..
jadi, memaafkan adalah satu sudut...
dan berhati2 tkut2 berulang satu sudut yg lain..

Tiada kaitan sbnrnya...


Maafkan dia, dan bermu'amalat spt biasa 
(kerana haram memutuskan silaturrahim),
 dlm masa yg sama berhati2, tkut2 kesalahan yg sama berulang..

Wallahu'alam..



 < syukran jazilan ustaz atas perkongsian ^_^ >

sahabat2ku maafkan diriku juga ya...ku syg drimu selamanya..
bittaufiq wannajah fil imtihan

lumrah kehidupan.....

Seandainya pintu hijrah terbuka, 
berhijrahlah
Berhijrahlah kerana Allah
Berhijrahlah kepada Allah
Tidak usah takut kepada kesusahan, kekurangan, kesempitan atau kesulitan
Bukankah rezeki itu milik Allah dan Allah juga yang mencukupkanmu?


Thursday, March 31, 2011

jika bukan kerana malam itu....

Alhamdulillah.....
masih dikurniakan nikmat iman dan islam...
nikmat terbesar dalam kehidupan beragama...


jika bukan kerana malam itu...
tidak ku sanggup bersengkang mata....
jika bukan kerana malam itu...
tidak ku rela menghabiskan waktu ku..
jika bukan kerana malam itu....
tidak ku bersusah payah mengorbankan masa tidurku...


Allahuakbar...
jika bukan kerana malam itu...
tidak mungkin timbul keinsafan dalam diriku...
jika bukan kerana malam itu...
hatiku tidak mungkin melirih sesenang itu..
jika bukan kerana malam itu...
tidakku sedar bahawa DiriMU adalah yang terbaik buatku...


syukur pada Allah...


terima kasih Ya Allah...
risau tak terperi diriku...
jika bukan kerana malam itu....
kurisaukan diriku makin jauh dariMU...
kurisaukan diriku mudah berputus harap dariMU...


terima kasih Ya Allah....
kerana telah datangkan mereka2 buat diriku...
begitu halus aturanMU...
sehinggakan tidak ku sedari...
rupanya selama ini diriku tidak berseorangan...
ku ada DiriMU...
DiriMu yang tidak pernah jemu dengan karenahku... 
bergenang tubir mataku Ya Allah...
saat mengingat kembali kesilapanku padamu...
rahmatMu yang menggunung tidak ku sedari...
selama ini dipandangku hanya dengan ekor mata....
Allahuakbar...
bersalahnya diriku....


maafkan diriku Ya Allah...


Alhamdulillah...
kuharapkan saat kembali ku padaMu dengan penuh redhaMu...
menggapai Husnul Khatimah harapanku...
nian syurga yang ku tunggu2....

Moga driku terus kuat berada di jalanMu...

Wednesday, March 30, 2011

satu kePelikan.....

terpanggil tiba2 untuk mencoretkan sesuatu di kanvas maya nie...
timbul satu kepelikan bilamana jaringan komunikasi menjadi satu medan luahan perasaan....
luahan perasaan yang bagaimana?
kadang2 apa yang dipostkan menyebabkan ramai yang tertanya2, omputih kata 'wondering' gitu...
post sedih, gembira, marah, kesal dan sebagainya....
tapi pernah tak kita terfikir??
pernah tak??
sebagai contoh kita luahkan kesedihan kita sebab sesuatu perkara yang dilakukan oleh sahabat kita,
post plak ayat2 menyayat hati, meruntun jiwa...
berduyun yang kat bawah komen menunjukkan simpati...

tapi....
tanpa kita sedar....
satu pihak lagi turut terasa hati dengan apa yang kita postkan?
tanpa kita sedar orang lain mula menjauh dari kita...
org kate apa dah....terasa secara tak sengaja...
mula timbul penyakit PHD nyer....
sindrom yang boleh berjangkit tetiba kalau tiada penyelenggaraan segera...

entahlah....
susahnya mengawal hati dan perasaan manusia....
berbeza2 dan unik...
bak tagline UMK juga...relevan, unik dan berbeza...
apa2 pon bergantung kepada individu itu sendirilah...
bagaimana nak mengawal kapalnya...
nak jadi seperti nakhoda si tanggang atau laksamana cheng ho pula... 

erm.....
nak capai hati yang sejahtera (qalbun salim) tak semudah yang disangka....
kerana kesusahan yang dilalui punca sebenar pemerolehan kemanisan iman (halawatul iman) itu...

analoginya cukup mudah....
nak makan rambutan yang sedap dengan penuh kenikmatan...
mudah jer....
cuba kaitlah sendiri....rasai susah payahnya sendiri...berbanding yang mudah dibeli kat kedai...
confirm.....for sure...
ada perbezaannya...ketara sekali....


sedapnya rambutan nie..hehe
well....sekadar perkongsian semata2...
tiada kena mengena antara yang hidup atau sudah meninggal dunia...^_^

dunia pentas lakonan sementara, alam baka' kampung akhirat tempat kembali selamanya...
wallahua'lam bissowab.....

Friday, March 25, 2011

Prihatinkah kita?

bila dibangkitkan persoalan prihatin apakah reaksi kita?
sekadar menayangkan muka selamba bersahaja atau mengerutkan dahi seolah2 benar2 berfikir tentangnya
erm....

Fahamkah kita makna prihatin yang sebenar2nya?
Prihatin atas dasar apa?
Prihatin pada siapa?
Prihatin di mana?
Prihatin yang bagaimana?
Prihatin pada waktu bila?

persoalan demi persoalan 
cukup melengkapkan teori WH questions yang sudah sedia ada....
namun seberapa keberkesanannya jika hanya lontaran persoalan semata2
tanpa ada sebarang telahan jawapan yang menyambut di pengakhirannya...



dunia di akhir zaman, gaya dan rentak hidup makin ketara silapnya
globalisasi aturan terancang agenda terperinci para musuh Islam laknatullah
perincian yang sentiasa diperhalusi dari semasa ke semasa 
supaya nanti pengakhiran umat islam akhir zaman seiring dengan mereka2 bahkan diinginkan semakin teruk daripada mereka pula
etika berpakaian, sumber pemakanan, aktiviti seharian, cara pemikiran juga...
kita sudah ditusuk duri berbisa tanpa kita sedar...
begitu hebat, halus, tertib aturan mereka 
sehinggakan 

umpama menarik benang di dalam tepung, tepung tidak tumpah benangnya dapat juga
a great glory to be proud of...

bersorak mereka tatkala kita hanyut menggila
pada siapa perlu dituding jarinya...
KITA atau MEREKA?

sudah menjadi lumrah manusia
sudah terhantuk baru terngadah
ibarat pahat dan penukul
keinsafan 5 minit cuma, barangkali 5 saat pun ada..
PARAH..
semakin hari semakin parah...
nilai ketimuran menghilang sekelip mata,
kesyumulan islam diperkotak-katikkan sesedap rasa,
ke mana menghilang syabab2 pilihan?
ke mana perginya syababah impian?
HILANG...semakin hari semakin HILANG...
hilang ditelan GLOBALISASI barangkali..

nasab terputus....
keturunan dajjal tremendously increases...
bayi kecil ibarat boneka..
di tepi jalan di dalam longkang di logi kumbahan..
yang lagi dahsyat pon ada....
itu perkara BIASA..
dunia GLOBALISASI kan...
dunia TANPA SEMPADAN...
 i'm wondering..
tanpa sempadan yang bagaimana..
erm....
 barangkali tanpa sempadan yang macam sekaranglah...
tepuk dada tanya iman...
ketuk kepala tnya minda sedar...

so, prihatinkah kita??
terjawabkah persoalan itu??
well, jawapannya hanya kita sendiri yang boleh tentukan...
GOOD or BAD...
or WORSE...



Changing the face can change nothing, but changing the change can change everything...
a journey with a thousand miles starts with a few steps...
(FORUM KAMI PRIHATIN - KHAMIS 24/03/2011 )

yang paling penting pagari NAFSU dengan TAQWA..
seterusnya kembali kepada LANDASAN ALLAH yang sebenar2nya..

wallahua'lam bissowab..



     

Friday, March 18, 2011

Merenung sejenak....^_^

Mencari, Memberi dan Menerima
untaian kata yang punya maksud serta nilai tersendirinya yang cukup indah dan bermakna 
semakin direnung semakin membenihkan bait-bait keinsafan di jiwa para hamba

menguatkan hati setiap insan yang lemah dalam terus mengorak langkah mencari sinar penghidupan dunia

maka kenanglah Allah semasa lapang jua semasa hilang punca  
KERANA APA?? 
cinta teragung hanya ada pada-NYa

ujian yang diberikan pada setiap hambanya hanya mengikut kadar kemampuan individu itu sendiri


apabila ingin meminta pertolongan maka mintalah daripada Allah s.w.t

maka percayalah
dalam kesusahan pasti akan ada kesenangan
andai disingkap dan ditelusuri kembali sirah perjuangan Rasulullah
maka tidak terbanding dengan tahap ujian yang dilalui oleh umat manusia akhir zaman kini
tidak bersyukurnya kita 
ujian sekelumit cuma tapi keluhannya menggunung pula..

MUHASABAH DIRI
perbaiki AMAL FARDI
jua perbaiki 
HABLUN MINALLAH WA HABLUN MINANNAS

hanya ALLAH yang lebih mengetahui
kerana perancangan-NYA cukup teliti tanpa ada sebarang cela yang boleh diperhalusi
atas dasar 
Pencipta alam semesta tidak akan sesekali akan menyusahkan serta merumitkan kehidupan para hamba-Nya yang dikasihi...

ADDUNYA MAZROATUL AKHIRAH
(DUNIA ITU LADANG AKHIRAT)
BERJAYA DI DUNIA MAKA GEMILANGLAH DI AKHIRAT
AMEEN...INSYA'ALLAH






Monday, January 24, 2011

Sirah Nabawiyah

Assalamualaikum warohmatullah...

ari nie sy dpt ilmu baru...ilmu yang sy rasakn pd sy amat berguna..alhamdulillah dri nie terpanggil tuk ke rumah ALLAH bg mengisi kekosongan waktu dengan aktiviti2 yg pd sy amat bernilai wat santapan rohani n jiwa..


SIRAH NABAWIYAH....berputar2 di benak fkiran sy tentang perjalanan hdup Rasulullah...manusia agung yg menjadi kekasih ALLAH, rasul akhir zaman juga sebagai rasul penutup dalam kalangan rasul2 ALLAH....pemberi syafaat bg umat akhir zaman....MUHAMMAD BIN ABDULLAH....rasul junjungan umat islam...


kuliah maghrib oleh Dr. Norhisyam membuka mte sy mngenai perspektif sirah nabawiyah....sperti yg kte sdia maklum ble berbicara soal sirah n sejarah mulalah sume org trik bantal n wat mka seposen...hehe...
subhanallah pengisian yg mantap dri Dr. Norhisyam wat sy rse makin bersemangat tuk belajar mengenai perjalanan hidup Rasulullah...


kuliah bermula dgan lontaran soalan dari Dr. 


kenapa perlu kte belajar sirah nabawiyah??

sy jd tertanya2 pd dri sndri...pernah ke sblum nie muncul dlm fikiran sy kenapa perlu sy blajar sirah nabawiyah? allahuakbar sesalan timbul dlm dri...adakah sy islam hanya pd nama sahaja...huhu
tanpa menyedari kepentingan menelusuri kisah2 Rasulullah, para2 anbia serta sahabat2...

jawapan mantopnye ialah dlm hidup nie sume perkara perlukan CONTOH...meniru juga perlukan contoh...maka meniru perjalanan idup ataupun lbih tpat lg sunnah Rasullullah adalah gaya hdup terbek dlm mengejar mardhotillah...

lagi soalan dilontarkan oleh Dr. Norhisyam, 

pe perbezaan tarikhul islam ngan sirah nabawiyah??

sy jd blur tbe2..de beza ke sume 2...Ya Allah xsy ketahui upeneye de beza...
lau tbe2 Dr. tnye kt sy mau je sy berlari kluar dri surau 2 coz xtau pe jwapannye...huhu
upenye sirah nabawiyah itu adalah kisah perjalanan hidup RASULULLAH s.a.w manakala tarikhul islam i2 adalah merangkumi sume sejarah2 islam termasuk zaman uthmaniyah,abbasiyah, muawiyah n sbgainya..

ooooooooooooooo.....2 jwpannyer...hish....pe nk jd ngan dri sndri...
xpenah alert n nk ambik peduli sal kepentingan sirah nabawiyah...skadar ikut membuta tuli atas pe yg diperhati n diajari tnpa teringin tuk selidiki sendri...

sekali lagi Dr. mengemukakan soaln...tp kli nie 3 soalan sekaligus

1) kenapa rasul xde dlm kalangan wanita
2) kenapa islam memerlukan tuk percya pd rasul?blehkah tanpa rasul?@xbleh ke klu x gne wasilah manusia?
3) xboleh ke trunkan Al-Quran dlm keadaan sdah dbukukan n siap tertlis tnpa maggunakan wasilah manusia n malaikat?

terpinga2 kami nk jwb soalan mcm nie...hehe...bgus jge pendekatan yg dgunakan oleh Dr. Norhisyam..
pendekatan lbih kpd perbincangan 2 hala
ktenye mnda mnusia perlu d ransang tuk lhirkan idea yg kritis..btol gak 2...
erm....minda mnusia perlu ransangan....sy stuju sgt2...

pling best sy dh tau pe keistimewaan sirah nabawiyah...hehe

1) krana sirah menceritakan kisah nabi Muhammad iaitu seorang tokoh islah yg pling shohih
(sirah nabi umpama mentari krana perjalanan hdupnye jelas)
2) khdupan Rasulllah adalah sgt jelas pd setiap peringkat n dceritakan 1 perstu secara detail
3) sirah xmengeluarkan baginda dripd sifat kemanusiaan
4) Nabi Muhammad contoh dri segala aspek kehidupan

so, kesimpulannya 
belajar sirah nabawiyah adalah 1 tuntutan,
terlalu banyak keistimewaan yg de pd Rasulullah s.a.w &
sirah nabawiyah ini datangnye drpd sumber yg shohih n jelas
1) Al-Quran
2) sunnah yg shohih
3) syair arab pd zaman kerasulan
4) kitab2 sirah

wallahua'lam

p/s : wlaupun xberpeluang tuk pegi dgr crmah miracles of islam kt usmkk tp ase sgt berbaloi dpt dgr kuliah Dr.Norhisyam...
xsbr menantikan bahagian sirah nabawiyah yg strusnye..hehe











Saturday, January 15, 2011

Doa untuk memudahkan sebarang urusan


Maksudnya:



Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu 
yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.



permudahkan segala urusan kami Ya Allah




Doa Ketika Dukacita dan Sedih





Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.




Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Thursday, January 13, 2011

luahan hati...

Tuhan Yang Maha Mendengar,


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,



Tegarkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu 


untuk selamanya,


Jangan biar diri ini tandus dimamah kefuturan,



Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu,



Kuatkan hati ini wahai Tuhan,



Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu 

ini 




nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.