Friday, March 25, 2011

Prihatinkah kita?

bila dibangkitkan persoalan prihatin apakah reaksi kita?
sekadar menayangkan muka selamba bersahaja atau mengerutkan dahi seolah2 benar2 berfikir tentangnya
erm....

Fahamkah kita makna prihatin yang sebenar2nya?
Prihatin atas dasar apa?
Prihatin pada siapa?
Prihatin di mana?
Prihatin yang bagaimana?
Prihatin pada waktu bila?

persoalan demi persoalan 
cukup melengkapkan teori WH questions yang sudah sedia ada....
namun seberapa keberkesanannya jika hanya lontaran persoalan semata2
tanpa ada sebarang telahan jawapan yang menyambut di pengakhirannya...



dunia di akhir zaman, gaya dan rentak hidup makin ketara silapnya
globalisasi aturan terancang agenda terperinci para musuh Islam laknatullah
perincian yang sentiasa diperhalusi dari semasa ke semasa 
supaya nanti pengakhiran umat islam akhir zaman seiring dengan mereka2 bahkan diinginkan semakin teruk daripada mereka pula
etika berpakaian, sumber pemakanan, aktiviti seharian, cara pemikiran juga...
kita sudah ditusuk duri berbisa tanpa kita sedar...
begitu hebat, halus, tertib aturan mereka 
sehinggakan 

umpama menarik benang di dalam tepung, tepung tidak tumpah benangnya dapat juga
a great glory to be proud of...

bersorak mereka tatkala kita hanyut menggila
pada siapa perlu dituding jarinya...
KITA atau MEREKA?

sudah menjadi lumrah manusia
sudah terhantuk baru terngadah
ibarat pahat dan penukul
keinsafan 5 minit cuma, barangkali 5 saat pun ada..
PARAH..
semakin hari semakin parah...
nilai ketimuran menghilang sekelip mata,
kesyumulan islam diperkotak-katikkan sesedap rasa,
ke mana menghilang syabab2 pilihan?
ke mana perginya syababah impian?
HILANG...semakin hari semakin HILANG...
hilang ditelan GLOBALISASI barangkali..

nasab terputus....
keturunan dajjal tremendously increases...
bayi kecil ibarat boneka..
di tepi jalan di dalam longkang di logi kumbahan..
yang lagi dahsyat pon ada....
itu perkara BIASA..
dunia GLOBALISASI kan...
dunia TANPA SEMPADAN...
 i'm wondering..
tanpa sempadan yang bagaimana..
erm....
 barangkali tanpa sempadan yang macam sekaranglah...
tepuk dada tanya iman...
ketuk kepala tnya minda sedar...

so, prihatinkah kita??
terjawabkah persoalan itu??
well, jawapannya hanya kita sendiri yang boleh tentukan...
GOOD or BAD...
or WORSE...



Changing the face can change nothing, but changing the change can change everything...
a journey with a thousand miles starts with a few steps...
(FORUM KAMI PRIHATIN - KHAMIS 24/03/2011 )

yang paling penting pagari NAFSU dengan TAQWA..
seterusnya kembali kepada LANDASAN ALLAH yang sebenar2nya..

wallahua'lam bissowab..



     

No comments:

Post a Comment