Tuesday, June 4, 2013

lara hati

Ya Illahi Rabbi 
Alhamdulillah...
Seolah-olah tersedar dari lamunan panjang
Rupa-rupanya diri sendiri yang tersasar jauh

Ya Rabbul Izzati
Rupanya cinta teragung dariNya 
Tidak akan pernah berpaling untuk hambanya yang lemah ini

Entri disini nukilan pencari redha illahi 
Membuka mata hati mengenal erti bersyukur 
Pada limpahan nikmat yang diberi

Apabila direnung, dihayati dan difahami
Maka bertamulah kesimpulan dalam diri
Sejauh mana tahap kesyukuran di dalam diri 

Apabila direntap ketenangan dan kebahagian 
Diri mula mengaduh keluhan panjang
Merembeskan emosi kerunsingan dan kesugulan
Mengharapkan belas ihsan manusia supaya menyambut tangan yang terkapai 

Dimana Yang Esa di dalam hati?
Dimana kekasihNya di dalam diri?
Jadi malu pada keterangan sendiri apabila memikirkan perbuatan sendiri
Syukur telah tiada yang ada hanya pertikaian jiwa

Jauhnya diri ini dilalukan 
Jalan bersimpang siur juga yang dilalui 
Walhal sudah terbentang luas jalan keberkatan




Allahu Allah
HambaMu in hanya butuh dokonganMu 
Supaya terus sedar dan tegar menjalani kehidupan dunia sementara
Supaya tidak dikaburi cinta dunia
Supaya hati terus bersyukur
Supaya hati terus dengan kemurnian
Supaya jiwa terus tenang

Tersentap hati terpana jiwa 
Tatkala meneliti kitab panduan hidup 
"Nikmat mana lagi yang hendak kamu dustakan"
Rasa terpukul...

Syahdu menyelubungi diri..
Sudah lama menata kehidupan dunia 
Tetapi masih tidak mampu mengenal 
Yang mana kaca dan yang mana permata..

Ya allah 
Engkau yang memegang hati-hati kami
Janganlah engkau palingkan hati kami dari redhaMu..
Tuntunlah kami...
Ampunkanlah kami...
Hanya engkau tempat kami bergantung harap..

Doa sematan jiwa: 
"Semoga abid terus bersangka baik dengan Allah dan bersangka baiklah abid dengan manusia"

Ameen..


Hamba Yang Lemah TanpaNya 
ABID MARHAEN





Monday, May 13, 2013

Sukar Untuk Memahami

hati ini sedang bergelut dengan masalah sendiri
semakin hari semakin menebal dan menggunung
FYP, quiz, test, presentation, lab work
semua itu adalah tugasan bagi yang bergelar pelajar tahun akhir

namun dalam kesibukan yang menjengah 
masih ada segelintir yang merembes emosi sendiri 
hanya memikirkan kepentingan dan keperluan sendiri 
tanpa mengendahkan manusia sekeliling
barangkali merasakan mampu hidup bersendirian

wallahualam
hanya mampu mengucap istighfar
tidak mampu berkata apa-apa
dikhuatiri teguran disalahertikan
paling digeruni adalah melayang pergi rasa kasih dan hormat dalam diri

sudah hampir 4 tahun bersama
masihkah mahu dibina jurang
masihkah mahu membina sengketa
masihkah mahu meleraikan segala yang terbina selama bertahun lamanya

tidak sayangkah?
tidak kasihkah?
tidak rasa sekelumit hibakah?


Allahu Allah

ditelan mati emak diluah mati bapa
namun bila dipendam 
perasaan ini menyengat hati

apa yang mampu 
hanya bermonolog dalam diri
susahkah memahami orang lain?
payahkah mencipta ruang dalam diri untuk orang lain?
masih adakah yang hatinya mulus suci menerima kelemahan yang lain?
atau yang tinggal jiwa benci yang penuh kesumat dan sindiran?

hanya berbaki beberapa ketika 
sedih menyelubungi diri
warawiri setiap hari memikirkan kesudahan hari
hati ternoda dek kesangsian kasih dan sayang yang diberi




Ya Allah 
ku butuh kekuatan dariMu
jangan Kau palingkan hatiku ke lembah kehinaan
jangan Kau lorongkan aku ke dunia penuh kebencian
tuntunlah aku ke jalan redhaMu
bimbinglah aku supaya hatiku ini terus tegar menata duniaMu..

walaupun diriku berusaha memahami yang lain 
walaupun balasan yang ku harapkan tidak kunjung jelas 
aku yakin akan rahmatMu tuhan
kasih sayangMu tiada bertepi buatku
biar manusia membenci 
biar manusia menghina
biar manusia tidak memahami

namun Dikau masih setia menemani 
dulu, kini dan hingga akhir hayat

Kalam Tanpa Bicara
ABID MARHAEN  




Wednesday, May 8, 2013

nilaian kasih dan sayang


Tafsiran kasih dan sayang...
Ia punya pelbagai makna dan jawapan...
Pada kaca mata manusia nilaian kasih sayang mungkin berbeza
Namun pada Pencipta...
Hanya kuasa-Nya yang mengetahui segalanya...





Tertarik dengan beberapa rangkap kata artikel di sini

"Jangan sedih apabila tidak disayangi, sedihlah apabila diri tidak mampu menyayangi. Jangan sedih apabila tidak dihargai, sedihlah apabila diri tidak berharga dan tidak menghargai orang lain. Apa yang paling utama, bersabarlah setiap kali ujian menimpa. Bersikap positif lah setiap kali teruji dan fikirkanlah "


"Lebih baik siapa kita di depan Allah daripada siapa kita di depan 
manusia"






Manusia butuh sikap positif supaya diri terus berjaya menata kehidupan dunia..

Jangan diminta balasan setimpal pada apa yang dikerjakan tetapi cukuplah dengan keikhlasan dan mengharapkan redha daripada yang Esa...

Tiada apa yang diharapkan dalam kehidupan di dunia kecuali hanya untuk menggapai redha Allah s.w.t...



Mengukir Kata Cinta 
ABID MARHAEN 


Wednesday, April 10, 2013

FYP



sandalwood is killing me...
itu keadaan yang paling mendesak dan kritikal waktu ini..
berkejaran menyiapkan tugasan yang menguji mental dan fizikal

perlu kesabaran
perlu kekuatan 
perlu ketahanan
perlu kesungguhan
paling mudah dijelaskan adalah perlunya keikhlasan


jatuh bangun
sedih berduka
gembira ketawa

melihat sahabat sugul resah gelisah
mengenangkan nasib keputusan eksperimen yang tidak kunjung tiba
abid jadi gelisah juga
sementelah setiap hari memikirkan FYP

barangkali Allah sedang menguji
bagaimana abid menghadapi ujian pelajaran ini

permulaan yang kosong kini sedikit terisi 
walaupun masih tidak ada yang dinanti 
tapi benih kesabaran mulai meniti 

insya'allah abid perlu terus kuat...

ABID MARHAEN  

Thursday, January 31, 2013

Damai

damai hati ini
 bila terfikirkan ketentuan tercantik pencipta 
siapa sangka hati ini jadi gembira 
setelah berlalunya episod duka
damai bila mula boleh menggengam bahagia


gembira :)


damai yang dulunya hampir hilang 
kini punca kekuatan semakin menyinar terang
ya allah ku untaikan madah syukur gembira 
dalam menata cerita indah

abid marhaen