Saturday, November 17, 2012

Permulaan Yang Baru


ada yang bertanya lewat malam semalam
apa azamku?
tergagap-gagap untuk menguntai kata menjawab persoalan yang dilontarkan
masih adakah azam untuk maal hijrah atau lewat hari ku sudah hampir lupa soal azam baru ini..

terfikir di benak
kenapa perlu adanya azam
kenapa perlu adanya "goals" untuk dikejar
walhal diri sendiri pun tahu azam itu tidak akan dicapai dan tercapai sekiranya tiada usaha seiring
hanya dilontarkan lewat perkataan
hanya dipandang sepi bila mula kesibukan


seolah-olah menjadi trend ikutan bila masuknya tahun baru persoalan mengenai azam akan digarapkan
soalan dan jawapan saling berbalas
ada yang kata begitu ada yang kata begini
masing-masing punya cara, gaya, pembawakan dan penerimaan

ku gembira dengan kepelbagaian begini
sungguh hati rasa gembira dan tenang dikelilingi mereka-mereka yang punya perbezaan yang ku pandang unik sekali
bak tagline UMK "relevan, unik dan berbeza"

hari ini jadi terfikir sendiri lagi
azam tahun ini bagaimana?
ada atau tidak ada?
kosong atau berisi?
muharam ke zulhijjah
biasenye berlalu sepi

allahu allah
mencari-cari kekuatan lagi untuk tahun ini
permulaan yang seindah hari ini
doaku moga sepanjang hidup ini disinari redha illahi
bak kata orang jepun "gambate"
orang cina pun kata "chaiyok chaiyok"
korean wave pulak terkenal dengan "aja aja fighting"

walau apa sekalipun kata-kata semangat yang disemat
yakin, pasti dan percaya
segalanya bakal tercapai dengan
Usaha, Ikhtiar dan Tawakal

abid marhaen


No comments:

Post a Comment