Monday, May 13, 2013

Sukar Untuk Memahami

hati ini sedang bergelut dengan masalah sendiri
semakin hari semakin menebal dan menggunung
FYP, quiz, test, presentation, lab work
semua itu adalah tugasan bagi yang bergelar pelajar tahun akhir

namun dalam kesibukan yang menjengah 
masih ada segelintir yang merembes emosi sendiri 
hanya memikirkan kepentingan dan keperluan sendiri 
tanpa mengendahkan manusia sekeliling
barangkali merasakan mampu hidup bersendirian

wallahualam
hanya mampu mengucap istighfar
tidak mampu berkata apa-apa
dikhuatiri teguran disalahertikan
paling digeruni adalah melayang pergi rasa kasih dan hormat dalam diri

sudah hampir 4 tahun bersama
masihkah mahu dibina jurang
masihkah mahu membina sengketa
masihkah mahu meleraikan segala yang terbina selama bertahun lamanya

tidak sayangkah?
tidak kasihkah?
tidak rasa sekelumit hibakah?


Allahu Allah

ditelan mati emak diluah mati bapa
namun bila dipendam 
perasaan ini menyengat hati

apa yang mampu 
hanya bermonolog dalam diri
susahkah memahami orang lain?
payahkah mencipta ruang dalam diri untuk orang lain?
masih adakah yang hatinya mulus suci menerima kelemahan yang lain?
atau yang tinggal jiwa benci yang penuh kesumat dan sindiran?

hanya berbaki beberapa ketika 
sedih menyelubungi diri
warawiri setiap hari memikirkan kesudahan hari
hati ternoda dek kesangsian kasih dan sayang yang diberi




Ya Allah 
ku butuh kekuatan dariMu
jangan Kau palingkan hatiku ke lembah kehinaan
jangan Kau lorongkan aku ke dunia penuh kebencian
tuntunlah aku ke jalan redhaMu
bimbinglah aku supaya hatiku ini terus tegar menata duniaMu..

walaupun diriku berusaha memahami yang lain 
walaupun balasan yang ku harapkan tidak kunjung jelas 
aku yakin akan rahmatMu tuhan
kasih sayangMu tiada bertepi buatku
biar manusia membenci 
biar manusia menghina
biar manusia tidak memahami

namun Dikau masih setia menemani 
dulu, kini dan hingga akhir hayat

Kalam Tanpa Bicara
ABID MARHAEN  




2 comments:

  1. sayang.. bersabarlah.. teruskan bersabar.. insyaAllah besar hikmahNya... setiap manusia walaupun rambut sama hitam, tapi keinginan dan kemahuan masing2 ada bezanya.. jadi, sesungguhnya, si dia, dia dan dia semuanya dahagakan kasih sayang.. mahukan perhatian.. so, selagi kita mampu memberi, berikanlah yang terbaik untuknya, untuk kita dan untuk semua.. insyaAllah... moga Allah permudahkan segala urusan kita terutamanya di kala ini, masing2 sibuk dengan fyp.. kuatkan semangat dan banyakkan doa ye.. love you, sayang..Assalamualaikum... =)

    ReplyDelete
  2. tq kak tuk kesekian kalinya...buah sabar 2 yg dicari...hehe..insya'allah...makna syg 2 yg perlu difahami supaya tidak ada yg tersalah tafsir syg dalam ruang lingkup sendri kak...hehe..papepon kte bershabat supaya sampai jannah...

    ReplyDelete