Friday, May 11, 2012

Tenang dalam Sesak

bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah syukur yang tidak terhingga dipanjatkan pada yang ESA..selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w...masih diberi sekelumit nikmat iman dan ihsan...

intern a.k.a practical life a.k.a latihan industri (digunakan di UMK), sudah hampir menjengah tiga bulan di syarikat NSE Resources Corporation Sdn. Bhd. (NSERC) senang kata kilang kimia lahl etaknya di kawasan perindustrian benos, bentong pahang darul makmur......kawasan yang minoritinya bangsa melayu dan segenap ceruk di sini pasti majoritinya berbangsa cina...pasaraya Toong Fat(TF), Ah heng food market, tokong buddha joong kwong dan beberapa lagi tempat lain...ketara bezanya di bumi serambi mekah, Kelantan tercinta, segenap ceruk pasti ahlinya melayu dan paling menarik kaum-kaum lain yang turut menetap di kelantan sangat fasih bertutur menggunakan loghat kelantan itu sendiri...bahkan punya citarasa yang sama sebagaimana kaum melayu...dalam erti kata lain budu jadi pilihan...hehe..masih terngiang-ngiang di telinga saya peristiwa beberapa tahun lepas bilamana saya terserempak dengan seorang amoi yang sgt fasih 'kecek klate'...tersangat rindu pada bumi kelantan...tunggu saya ya...dah tak lame di sini..menghitung hari dan detik kepulangan... ^_^

'alam pekerjaan' satu tempoh bertenang sebenarnya bagi saya...seluruh gaya hidup di kampus benar-benar berubah serta-merta...tiada lagi waktu yang dikatakan 'stay up' atau jadi 'burung hantu'...360 life rotation occured...sepanjang ber'LI', di kebanyakan hari terisi dengan aktiviti melukis peta (tidur)...bak kata sahabat saya "dah takde keja sangat kan?apa ja kita mampu buat selain daripada tido?"...hati saya kadangnya bermonolog.."best sangat kalau sebelum-sebelum nie dapat selalu tidur selalu camni"...hehehe

360 life rotation...
rutin hidup di bentong...

seawal pukul 6 pagi sudah bangun solat subuh dan mula sibuk persiapkan diri...saya dan 3 org lagi sahabat punya tugasan kami sendiri..seorang masak nasik..seorang rebus air...seorang masak lauk..dan seorang lagi packingkan bekal...seriusly, tak pernah terfikir pun di benak saya sebelum ini sebegini rupa kehidupan kami di sini...sangat gembira...masak bersama..makan bersama..berkongsi cerita bersama...walaupun kadang-kadang tercalar juga kegembiraan dek ujian sekecil cuma....tapi, Ujian itu tarbiyah dari Allah...ujian kematangan diri..sama ada mampu bertahan, berdepan, menyelesaikan atau sebaliknya...sepatutnya bersyukur pada yang Selayaknya kerana masih dilemparkan ujian supaya sedar hidup ini tidak selamanya di dunia...pada analogi yang mudah, di dunia ini tempat kita bercucuk tanam dan akhirnya hasil  tuaian kita di alam kekal sana...

tenang dalam sesak...
tak terjangkau dek akal cetek saya apabila ujian demi ujian kami terima selepas ini, itu pula...hehe...sebelum ini di UMK kami senang...kami berada di zon selesa...di sini..penipuan demi penipuan...tapi Allah maha adil maha pemurah maha kaya....yang batil tetap membusuk walaupun disembunyikan rapi dan yang hak selamanya akan tertegak...kami lega...dek kerana sikap kami yang 'innocent' yang licik dengan hebat melancarkan strategi mereka...tidak mengapa..Allah tau segala-galanya...tiada daya kami hamba sahaya...

hidup...
bila tiada panduan, 
bila tiada pegangan 
bila tiada pedoman,
pengakhirannya kehancuran...
allahuakbar...
bukakanlah pintu hati mereka...
berilah hidayah dan taufiq pada mereka...
sesungguhnya mereka alpa...
kembalikan mereka pada jalan Mu Ya Allah...


tenang dalam sesak...
nasihat berguna sahabat saya...akan saya semat di hati kudus saya...
"awak kena selalu fkir positif, jangan belenggukan diri dengan hal-hal negatif..yang negatif selalunya lebih cepat melekat dalam hati kita yang kotor nie...cuba mulakan hari dengan ceria...konpem sepanjang hari awak akan rase tenang je..."

alhamdulillah Ya Allah....saya panjatkan kesyukuran yang tak terhingga...saya yang lemah ini mula berfikir..dalam sesak itu ada ketenangan..tetapi ketenangan itu butuh pencarian yang penuh kesabaran....erm....sahabat saya...luarannya simple sahaja tapi hatinya penuh dengan kematangan...hehe...

Allah s.w.t. berfirman: 
“…Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”.
surah ar-ra'd ayat 28


p/s: awk saya dapat rasakan ketenangan itu..terima kasih sgt2 tau..hehe


coretan tinta saya yang bersahaja...ABID MARHAEN ^_^





4 comments:

  1. ..ok,cemburu..cintaku pd abid diduakan ~_~'hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn cemburu kakak NuRuL...disisi abid sume sahabat2 yg abid paling sayang...Allah yg jga ukhuwah kita...Allah yg bagi kasih sayang antara kita...ukhuwahfillah till jannah...syukran kakak...pesanan kakak,abid saloo ingat...xpenah lupe....hehe ^_^

      Delete