Monday, May 13, 2013

Sukar Untuk Memahami

hati ini sedang bergelut dengan masalah sendiri
semakin hari semakin menebal dan menggunung
FYP, quiz, test, presentation, lab work
semua itu adalah tugasan bagi yang bergelar pelajar tahun akhir

namun dalam kesibukan yang menjengah 
masih ada segelintir yang merembes emosi sendiri 
hanya memikirkan kepentingan dan keperluan sendiri 
tanpa mengendahkan manusia sekeliling
barangkali merasakan mampu hidup bersendirian

wallahualam
hanya mampu mengucap istighfar
tidak mampu berkata apa-apa
dikhuatiri teguran disalahertikan
paling digeruni adalah melayang pergi rasa kasih dan hormat dalam diri

sudah hampir 4 tahun bersama
masihkah mahu dibina jurang
masihkah mahu membina sengketa
masihkah mahu meleraikan segala yang terbina selama bertahun lamanya

tidak sayangkah?
tidak kasihkah?
tidak rasa sekelumit hibakah?


Allahu Allah

ditelan mati emak diluah mati bapa
namun bila dipendam 
perasaan ini menyengat hati

apa yang mampu 
hanya bermonolog dalam diri
susahkah memahami orang lain?
payahkah mencipta ruang dalam diri untuk orang lain?
masih adakah yang hatinya mulus suci menerima kelemahan yang lain?
atau yang tinggal jiwa benci yang penuh kesumat dan sindiran?

hanya berbaki beberapa ketika 
sedih menyelubungi diri
warawiri setiap hari memikirkan kesudahan hari
hati ternoda dek kesangsian kasih dan sayang yang diberi




Ya Allah 
ku butuh kekuatan dariMu
jangan Kau palingkan hatiku ke lembah kehinaan
jangan Kau lorongkan aku ke dunia penuh kebencian
tuntunlah aku ke jalan redhaMu
bimbinglah aku supaya hatiku ini terus tegar menata duniaMu..

walaupun diriku berusaha memahami yang lain 
walaupun balasan yang ku harapkan tidak kunjung jelas 
aku yakin akan rahmatMu tuhan
kasih sayangMu tiada bertepi buatku
biar manusia membenci 
biar manusia menghina
biar manusia tidak memahami

namun Dikau masih setia menemani 
dulu, kini dan hingga akhir hayat

Kalam Tanpa Bicara
ABID MARHAEN  




Wednesday, May 8, 2013

nilaian kasih dan sayang


Tafsiran kasih dan sayang...
Ia punya pelbagai makna dan jawapan...
Pada kaca mata manusia nilaian kasih sayang mungkin berbeza
Namun pada Pencipta...
Hanya kuasa-Nya yang mengetahui segalanya...





Tertarik dengan beberapa rangkap kata artikel di sini

"Jangan sedih apabila tidak disayangi, sedihlah apabila diri tidak mampu menyayangi. Jangan sedih apabila tidak dihargai, sedihlah apabila diri tidak berharga dan tidak menghargai orang lain. Apa yang paling utama, bersabarlah setiap kali ujian menimpa. Bersikap positif lah setiap kali teruji dan fikirkanlah "


"Lebih baik siapa kita di depan Allah daripada siapa kita di depan 
manusia"






Manusia butuh sikap positif supaya diri terus berjaya menata kehidupan dunia..

Jangan diminta balasan setimpal pada apa yang dikerjakan tetapi cukuplah dengan keikhlasan dan mengharapkan redha daripada yang Esa...

Tiada apa yang diharapkan dalam kehidupan di dunia kecuali hanya untuk menggapai redha Allah s.w.t...



Mengukir Kata Cinta 
ABID MARHAEN 


Wednesday, April 10, 2013

FYP



sandalwood is killing me...
itu keadaan yang paling mendesak dan kritikal waktu ini..
berkejaran menyiapkan tugasan yang menguji mental dan fizikal

perlu kesabaran
perlu kekuatan 
perlu ketahanan
perlu kesungguhan
paling mudah dijelaskan adalah perlunya keikhlasan


jatuh bangun
sedih berduka
gembira ketawa

melihat sahabat sugul resah gelisah
mengenangkan nasib keputusan eksperimen yang tidak kunjung tiba
abid jadi gelisah juga
sementelah setiap hari memikirkan FYP

barangkali Allah sedang menguji
bagaimana abid menghadapi ujian pelajaran ini

permulaan yang kosong kini sedikit terisi 
walaupun masih tidak ada yang dinanti 
tapi benih kesabaran mulai meniti 

insya'allah abid perlu terus kuat...

ABID MARHAEN  

Thursday, January 31, 2013

Damai

damai hati ini
 bila terfikirkan ketentuan tercantik pencipta 
siapa sangka hati ini jadi gembira 
setelah berlalunya episod duka
damai bila mula boleh menggengam bahagia


gembira :)


damai yang dulunya hampir hilang 
kini punca kekuatan semakin menyinar terang
ya allah ku untaikan madah syukur gembira 
dalam menata cerita indah

abid marhaen 

Wednesday, January 16, 2013

SUATU KEBIASAAN

SAYU
itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan rasa hati 
tidak semena-mena mengeluh lantas tersedar sendiri
astaghfirullahaladzim
teringat pesan bonda tercinta 

"...kakak jangan duk mengeluh sangat...tak baik...jaga makan, jaga kesihatan..paling utama jaga hubungan dengan Allah dan manusia...tak rugi pun kalau jaga semua tu..Allah kan ada...maa kan ada, maa ni kan sahabat kakak yang paling rapat..."

huuu...
rindu
rindu nak peluk 
hari esok dirasakan sangat lama
padahal hanya berbaki beberapa jam saja lagi

menjadi kebiasaan padaku berceloteh, bercerita sampai lewat malam bersama bonda, ada masanya sampai terleka subuh menjelma
walaupun hanya beberapa kilometer dari kampung halaman 
tetapi perasaan rindu yang menjengah seolah-olah melangkaui sempadan tempat dan masa


sumber kekuatan 

usai maghrib tadi kami (abid dan roomate) bergegas ke kafe
perut berkeroncong minta diisi
sahabat yang ini sangat suka mencetuskan persoalan
tapi malam ini soalannya membuatkanku terkedu
terfikir ada rasionalnya soalan yang dilontarkan

"kenapa perempuan suka nangis ek?"

emm...kami membisu seketika
masing-masing mencari jawapan, menguntai idea, menyusun kata 
soalan dibalas dengan soalan
yang bertanya adalah perempuan juga
atau bukan 
atau lelaki yang sebenarnya terperangkap di dalam jasad manusia berjantinakan perempuan
ketawa kami memecah sepi malam
masing-masing sudah tahu jawapannya
itulah dia

sahabat-sahabat ini pengaruhnya hebat
pesona mereka kuat
sahabatku ramai
yang dekat, yang jauh
selalu diingat, selalu dirindu
kakak-kakakku
sayang-sayangku

dengan mereka 
hatiku ini jadi tenang jadi tenteram 
biar dalam diri penuh duka lara menyimpan episod kesakitan 
tapi dengan mereka keperitan semuanya seolah-olah hilang 
kurniaan yang Esa
hadir mereka untuk rupanya penguat jiwa

p/s : jangan pernah serik mencipta lakaran indah dengan abid walaupun awak semua pernah abid lukai dan sakiti...hati kecil abid penuh dosa...moga ikatan hati kita Allah kurniakan ganjaran pahala...abid sayang awak semua..^_^ 

melakar kenangan bersama
abid marhaen