Monday, April 11, 2011

salam IMTIHAN....

buat semua sahabat-sahabat
ikhwah dan akhwat
selamat menempuhi peperiksaan
semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat
seribu kemaafan juga andai diri ini ada tersilap tinta dan kata
moga dihalalkan segalanya
ukhuwah fillah abadan abada...
bittaufiq wannajah fil imtihan...
insya'allah...ameen...

moga beroleh kejayaan

Wednesday, April 6, 2011

satu kemaafan

Memaafkan kesalahan org lain adalah satu kemestian..
Meneruskan silaturrahim dlm sgala keadaan adalah satu kewajipan.. 
Berhati-hati agar tidak berulang kesalahan yg sama adalah satu keperluan.. 
Seseorg hanya mengasihi Saudaranya kerana keimanan..

Tidak memutuskan tali persaudaraan kerana keimanan..
Tidak mengulang kesalahan juga kerana keimanan.. 
Semua ini perlu menjadi pegangan bg mereka yg benar-benar beriman..



Sabda Nabi SAW...


Tidak beriman seseorg kamu slagi mana dia menyukai sesuatu (kebaikan) utk sahabatnya sbgaimana dia suka kebaikan itu berlaku kpdnya juga..

Jadi, kalau kita suka dimaafkan org, apa kata kita mulakan dgn memaafkan org.. Insya Allah...ada kebaikannya..

What u give u get back for sure..



Allah berfirman dlm Surah Ali Imran, ayat 133-134:

" Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik " 



Dalam ayat ini, Allah amat mengalakkan kita memaafkan org lain, walaupun seteruk mana sekalipun mereka..

Namun, terkdg sifat fitrah manusia, memaafkan boleh, cuma kdg2 masih ada saki baki..
itu biasa, tp cuba amalkan stiap kali sblum tidur, maafkan semua org..


Berhati-hati dgn sesuatu adalah sifat mukmin, di mana

Nabi SAW pernah bersabda:
 
" Org mukmin tidak akan dipatuk oleh ular, dari lubang yg sama sbyk dua kali "
 

Maksudnya sikap org mukmin sbnr adalah berhati2 dlm mengulangi sesuatu kesalahan yg sama..
jadi, memaafkan adalah satu sudut...
dan berhati2 tkut2 berulang satu sudut yg lain..

Tiada kaitan sbnrnya...


Maafkan dia, dan bermu'amalat spt biasa 
(kerana haram memutuskan silaturrahim),
 dlm masa yg sama berhati2, tkut2 kesalahan yg sama berulang..

Wallahu'alam..



 < syukran jazilan ustaz atas perkongsian ^_^ >

sahabat2ku maafkan diriku juga ya...ku syg drimu selamanya..
bittaufiq wannajah fil imtihan

lumrah kehidupan.....

Seandainya pintu hijrah terbuka, 
berhijrahlah
Berhijrahlah kerana Allah
Berhijrahlah kepada Allah
Tidak usah takut kepada kesusahan, kekurangan, kesempitan atau kesulitan
Bukankah rezeki itu milik Allah dan Allah juga yang mencukupkanmu?


Thursday, March 31, 2011

jika bukan kerana malam itu....

Alhamdulillah.....
masih dikurniakan nikmat iman dan islam...
nikmat terbesar dalam kehidupan beragama...


jika bukan kerana malam itu...
tidak ku sanggup bersengkang mata....
jika bukan kerana malam itu...
tidak ku rela menghabiskan waktu ku..
jika bukan kerana malam itu....
tidak ku bersusah payah mengorbankan masa tidurku...


Allahuakbar...
jika bukan kerana malam itu...
tidak mungkin timbul keinsafan dalam diriku...
jika bukan kerana malam itu...
hatiku tidak mungkin melirih sesenang itu..
jika bukan kerana malam itu...
tidakku sedar bahawa DiriMU adalah yang terbaik buatku...


syukur pada Allah...


terima kasih Ya Allah...
risau tak terperi diriku...
jika bukan kerana malam itu....
kurisaukan diriku makin jauh dariMU...
kurisaukan diriku mudah berputus harap dariMU...


terima kasih Ya Allah....
kerana telah datangkan mereka2 buat diriku...
begitu halus aturanMU...
sehinggakan tidak ku sedari...
rupanya selama ini diriku tidak berseorangan...
ku ada DiriMU...
DiriMu yang tidak pernah jemu dengan karenahku... 
bergenang tubir mataku Ya Allah...
saat mengingat kembali kesilapanku padamu...
rahmatMu yang menggunung tidak ku sedari...
selama ini dipandangku hanya dengan ekor mata....
Allahuakbar...
bersalahnya diriku....


maafkan diriku Ya Allah...


Alhamdulillah...
kuharapkan saat kembali ku padaMu dengan penuh redhaMu...
menggapai Husnul Khatimah harapanku...
nian syurga yang ku tunggu2....

Moga driku terus kuat berada di jalanMu...

Wednesday, March 30, 2011

satu kePelikan.....

terpanggil tiba2 untuk mencoretkan sesuatu di kanvas maya nie...
timbul satu kepelikan bilamana jaringan komunikasi menjadi satu medan luahan perasaan....
luahan perasaan yang bagaimana?
kadang2 apa yang dipostkan menyebabkan ramai yang tertanya2, omputih kata 'wondering' gitu...
post sedih, gembira, marah, kesal dan sebagainya....
tapi pernah tak kita terfikir??
pernah tak??
sebagai contoh kita luahkan kesedihan kita sebab sesuatu perkara yang dilakukan oleh sahabat kita,
post plak ayat2 menyayat hati, meruntun jiwa...
berduyun yang kat bawah komen menunjukkan simpati...

tapi....
tanpa kita sedar....
satu pihak lagi turut terasa hati dengan apa yang kita postkan?
tanpa kita sedar orang lain mula menjauh dari kita...
org kate apa dah....terasa secara tak sengaja...
mula timbul penyakit PHD nyer....
sindrom yang boleh berjangkit tetiba kalau tiada penyelenggaraan segera...

entahlah....
susahnya mengawal hati dan perasaan manusia....
berbeza2 dan unik...
bak tagline UMK juga...relevan, unik dan berbeza...
apa2 pon bergantung kepada individu itu sendirilah...
bagaimana nak mengawal kapalnya...
nak jadi seperti nakhoda si tanggang atau laksamana cheng ho pula... 

erm.....
nak capai hati yang sejahtera (qalbun salim) tak semudah yang disangka....
kerana kesusahan yang dilalui punca sebenar pemerolehan kemanisan iman (halawatul iman) itu...

analoginya cukup mudah....
nak makan rambutan yang sedap dengan penuh kenikmatan...
mudah jer....
cuba kaitlah sendiri....rasai susah payahnya sendiri...berbanding yang mudah dibeli kat kedai...
confirm.....for sure...
ada perbezaannya...ketara sekali....


sedapnya rambutan nie..hehe
well....sekadar perkongsian semata2...
tiada kena mengena antara yang hidup atau sudah meninggal dunia...^_^

dunia pentas lakonan sementara, alam baka' kampung akhirat tempat kembali selamanya...
wallahua'lam bissowab.....