Thursday, March 31, 2011

jika bukan kerana malam itu....

Alhamdulillah.....
masih dikurniakan nikmat iman dan islam...
nikmat terbesar dalam kehidupan beragama...


jika bukan kerana malam itu...
tidak ku sanggup bersengkang mata....
jika bukan kerana malam itu...
tidak ku rela menghabiskan waktu ku..
jika bukan kerana malam itu....
tidak ku bersusah payah mengorbankan masa tidurku...


Allahuakbar...
jika bukan kerana malam itu...
tidak mungkin timbul keinsafan dalam diriku...
jika bukan kerana malam itu...
hatiku tidak mungkin melirih sesenang itu..
jika bukan kerana malam itu...
tidakku sedar bahawa DiriMU adalah yang terbaik buatku...


syukur pada Allah...


terima kasih Ya Allah...
risau tak terperi diriku...
jika bukan kerana malam itu....
kurisaukan diriku makin jauh dariMU...
kurisaukan diriku mudah berputus harap dariMU...


terima kasih Ya Allah....
kerana telah datangkan mereka2 buat diriku...
begitu halus aturanMU...
sehinggakan tidak ku sedari...
rupanya selama ini diriku tidak berseorangan...
ku ada DiriMU...
DiriMu yang tidak pernah jemu dengan karenahku... 
bergenang tubir mataku Ya Allah...
saat mengingat kembali kesilapanku padamu...
rahmatMu yang menggunung tidak ku sedari...
selama ini dipandangku hanya dengan ekor mata....
Allahuakbar...
bersalahnya diriku....


maafkan diriku Ya Allah...


Alhamdulillah...
kuharapkan saat kembali ku padaMu dengan penuh redhaMu...
menggapai Husnul Khatimah harapanku...
nian syurga yang ku tunggu2....

Moga driku terus kuat berada di jalanMu...

Wednesday, March 30, 2011

satu kePelikan.....

terpanggil tiba2 untuk mencoretkan sesuatu di kanvas maya nie...
timbul satu kepelikan bilamana jaringan komunikasi menjadi satu medan luahan perasaan....
luahan perasaan yang bagaimana?
kadang2 apa yang dipostkan menyebabkan ramai yang tertanya2, omputih kata 'wondering' gitu...
post sedih, gembira, marah, kesal dan sebagainya....
tapi pernah tak kita terfikir??
pernah tak??
sebagai contoh kita luahkan kesedihan kita sebab sesuatu perkara yang dilakukan oleh sahabat kita,
post plak ayat2 menyayat hati, meruntun jiwa...
berduyun yang kat bawah komen menunjukkan simpati...

tapi....
tanpa kita sedar....
satu pihak lagi turut terasa hati dengan apa yang kita postkan?
tanpa kita sedar orang lain mula menjauh dari kita...
org kate apa dah....terasa secara tak sengaja...
mula timbul penyakit PHD nyer....
sindrom yang boleh berjangkit tetiba kalau tiada penyelenggaraan segera...

entahlah....
susahnya mengawal hati dan perasaan manusia....
berbeza2 dan unik...
bak tagline UMK juga...relevan, unik dan berbeza...
apa2 pon bergantung kepada individu itu sendirilah...
bagaimana nak mengawal kapalnya...
nak jadi seperti nakhoda si tanggang atau laksamana cheng ho pula... 

erm.....
nak capai hati yang sejahtera (qalbun salim) tak semudah yang disangka....
kerana kesusahan yang dilalui punca sebenar pemerolehan kemanisan iman (halawatul iman) itu...

analoginya cukup mudah....
nak makan rambutan yang sedap dengan penuh kenikmatan...
mudah jer....
cuba kaitlah sendiri....rasai susah payahnya sendiri...berbanding yang mudah dibeli kat kedai...
confirm.....for sure...
ada perbezaannya...ketara sekali....


sedapnya rambutan nie..hehe
well....sekadar perkongsian semata2...
tiada kena mengena antara yang hidup atau sudah meninggal dunia...^_^

dunia pentas lakonan sementara, alam baka' kampung akhirat tempat kembali selamanya...
wallahua'lam bissowab.....

Friday, March 25, 2011

Prihatinkah kita?

bila dibangkitkan persoalan prihatin apakah reaksi kita?
sekadar menayangkan muka selamba bersahaja atau mengerutkan dahi seolah2 benar2 berfikir tentangnya
erm....

Fahamkah kita makna prihatin yang sebenar2nya?
Prihatin atas dasar apa?
Prihatin pada siapa?
Prihatin di mana?
Prihatin yang bagaimana?
Prihatin pada waktu bila?

persoalan demi persoalan 
cukup melengkapkan teori WH questions yang sudah sedia ada....
namun seberapa keberkesanannya jika hanya lontaran persoalan semata2
tanpa ada sebarang telahan jawapan yang menyambut di pengakhirannya...



dunia di akhir zaman, gaya dan rentak hidup makin ketara silapnya
globalisasi aturan terancang agenda terperinci para musuh Islam laknatullah
perincian yang sentiasa diperhalusi dari semasa ke semasa 
supaya nanti pengakhiran umat islam akhir zaman seiring dengan mereka2 bahkan diinginkan semakin teruk daripada mereka pula
etika berpakaian, sumber pemakanan, aktiviti seharian, cara pemikiran juga...
kita sudah ditusuk duri berbisa tanpa kita sedar...
begitu hebat, halus, tertib aturan mereka 
sehinggakan 

umpama menarik benang di dalam tepung, tepung tidak tumpah benangnya dapat juga
a great glory to be proud of...

bersorak mereka tatkala kita hanyut menggila
pada siapa perlu dituding jarinya...
KITA atau MEREKA?

sudah menjadi lumrah manusia
sudah terhantuk baru terngadah
ibarat pahat dan penukul
keinsafan 5 minit cuma, barangkali 5 saat pun ada..
PARAH..
semakin hari semakin parah...
nilai ketimuran menghilang sekelip mata,
kesyumulan islam diperkotak-katikkan sesedap rasa,
ke mana menghilang syabab2 pilihan?
ke mana perginya syababah impian?
HILANG...semakin hari semakin HILANG...
hilang ditelan GLOBALISASI barangkali..

nasab terputus....
keturunan dajjal tremendously increases...
bayi kecil ibarat boneka..
di tepi jalan di dalam longkang di logi kumbahan..
yang lagi dahsyat pon ada....
itu perkara BIASA..
dunia GLOBALISASI kan...
dunia TANPA SEMPADAN...
 i'm wondering..
tanpa sempadan yang bagaimana..
erm....
 barangkali tanpa sempadan yang macam sekaranglah...
tepuk dada tanya iman...
ketuk kepala tnya minda sedar...

so, prihatinkah kita??
terjawabkah persoalan itu??
well, jawapannya hanya kita sendiri yang boleh tentukan...
GOOD or BAD...
or WORSE...



Changing the face can change nothing, but changing the change can change everything...
a journey with a thousand miles starts with a few steps...
(FORUM KAMI PRIHATIN - KHAMIS 24/03/2011 )

yang paling penting pagari NAFSU dengan TAQWA..
seterusnya kembali kepada LANDASAN ALLAH yang sebenar2nya..

wallahua'lam bissowab..



     

Friday, March 18, 2011

Merenung sejenak....^_^

Mencari, Memberi dan Menerima
untaian kata yang punya maksud serta nilai tersendirinya yang cukup indah dan bermakna 
semakin direnung semakin membenihkan bait-bait keinsafan di jiwa para hamba

menguatkan hati setiap insan yang lemah dalam terus mengorak langkah mencari sinar penghidupan dunia

maka kenanglah Allah semasa lapang jua semasa hilang punca  
KERANA APA?? 
cinta teragung hanya ada pada-NYa

ujian yang diberikan pada setiap hambanya hanya mengikut kadar kemampuan individu itu sendiri


apabila ingin meminta pertolongan maka mintalah daripada Allah s.w.t

maka percayalah
dalam kesusahan pasti akan ada kesenangan
andai disingkap dan ditelusuri kembali sirah perjuangan Rasulullah
maka tidak terbanding dengan tahap ujian yang dilalui oleh umat manusia akhir zaman kini
tidak bersyukurnya kita 
ujian sekelumit cuma tapi keluhannya menggunung pula..

MUHASABAH DIRI
perbaiki AMAL FARDI
jua perbaiki 
HABLUN MINALLAH WA HABLUN MINANNAS

hanya ALLAH yang lebih mengetahui
kerana perancangan-NYA cukup teliti tanpa ada sebarang cela yang boleh diperhalusi
atas dasar 
Pencipta alam semesta tidak akan sesekali akan menyusahkan serta merumitkan kehidupan para hamba-Nya yang dikasihi...

ADDUNYA MAZROATUL AKHIRAH
(DUNIA ITU LADANG AKHIRAT)
BERJAYA DI DUNIA MAKA GEMILANGLAH DI AKHIRAT
AMEEN...INSYA'ALLAH