Monday, May 13, 2013

Sukar Untuk Memahami

hati ini sedang bergelut dengan masalah sendiri
semakin hari semakin menebal dan menggunung
FYP, quiz, test, presentation, lab work
semua itu adalah tugasan bagi yang bergelar pelajar tahun akhir

namun dalam kesibukan yang menjengah 
masih ada segelintir yang merembes emosi sendiri 
hanya memikirkan kepentingan dan keperluan sendiri 
tanpa mengendahkan manusia sekeliling
barangkali merasakan mampu hidup bersendirian

wallahualam
hanya mampu mengucap istighfar
tidak mampu berkata apa-apa
dikhuatiri teguran disalahertikan
paling digeruni adalah melayang pergi rasa kasih dan hormat dalam diri

sudah hampir 4 tahun bersama
masihkah mahu dibina jurang
masihkah mahu membina sengketa
masihkah mahu meleraikan segala yang terbina selama bertahun lamanya

tidak sayangkah?
tidak kasihkah?
tidak rasa sekelumit hibakah?


Allahu Allah

ditelan mati emak diluah mati bapa
namun bila dipendam 
perasaan ini menyengat hati

apa yang mampu 
hanya bermonolog dalam diri
susahkah memahami orang lain?
payahkah mencipta ruang dalam diri untuk orang lain?
masih adakah yang hatinya mulus suci menerima kelemahan yang lain?
atau yang tinggal jiwa benci yang penuh kesumat dan sindiran?

hanya berbaki beberapa ketika 
sedih menyelubungi diri
warawiri setiap hari memikirkan kesudahan hari
hati ternoda dek kesangsian kasih dan sayang yang diberi




Ya Allah 
ku butuh kekuatan dariMu
jangan Kau palingkan hatiku ke lembah kehinaan
jangan Kau lorongkan aku ke dunia penuh kebencian
tuntunlah aku ke jalan redhaMu
bimbinglah aku supaya hatiku ini terus tegar menata duniaMu..

walaupun diriku berusaha memahami yang lain 
walaupun balasan yang ku harapkan tidak kunjung jelas 
aku yakin akan rahmatMu tuhan
kasih sayangMu tiada bertepi buatku
biar manusia membenci 
biar manusia menghina
biar manusia tidak memahami

namun Dikau masih setia menemani 
dulu, kini dan hingga akhir hayat

Kalam Tanpa Bicara
ABID MARHAEN  




Wednesday, May 8, 2013

nilaian kasih dan sayang


Tafsiran kasih dan sayang...
Ia punya pelbagai makna dan jawapan...
Pada kaca mata manusia nilaian kasih sayang mungkin berbeza
Namun pada Pencipta...
Hanya kuasa-Nya yang mengetahui segalanya...





Tertarik dengan beberapa rangkap kata artikel di sini

"Jangan sedih apabila tidak disayangi, sedihlah apabila diri tidak mampu menyayangi. Jangan sedih apabila tidak dihargai, sedihlah apabila diri tidak berharga dan tidak menghargai orang lain. Apa yang paling utama, bersabarlah setiap kali ujian menimpa. Bersikap positif lah setiap kali teruji dan fikirkanlah "


"Lebih baik siapa kita di depan Allah daripada siapa kita di depan 
manusia"






Manusia butuh sikap positif supaya diri terus berjaya menata kehidupan dunia..

Jangan diminta balasan setimpal pada apa yang dikerjakan tetapi cukuplah dengan keikhlasan dan mengharapkan redha daripada yang Esa...

Tiada apa yang diharapkan dalam kehidupan di dunia kecuali hanya untuk menggapai redha Allah s.w.t...



Mengukir Kata Cinta 
ABID MARHAEN